cerita saya

My photo
sg. lalang, Bedong., kedah darul aman, Malaysia
Nama dlm i/c aku Nordiyana Bt Abdullah... Aku adalah anak ke-2 dr 4 adik-bradik... Status aku skrg: Berkahwin... Aku ni Giler2 skt... Hobi aku Suka m'lancong .. Slmt Dtg ke blog aku yg x sbrapa nie.... layarilah syurga duniaku nie utk knal siapa dri aku yg sbenarnya.... Harap korg akan t'hibur...

Followers

Wednesday 9 November 2011

Dah Mula Giler Novel la Plak....

ari nie.. aku bli lg 1 novel.... x tau la best ke x.... yg pastinya staff2 kat kdai buku POPULAR tpt aku bli novel nie ckp yg novel nie blh tahan jgak la jn cite dy....
apa yg dah jd nie....!! xkan aku pun dah giler nak bt koleksi novel kut... 1 lg hobby bru akan t'cipta rsanya
nie la novel yg bru bli 2....!!!!!

Semarak Cinta

Semarak Cinta
‘Buaya darat terlaris’, itulah gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada Adi Hamidi kerana sikap kasanovanya. Teman-teman wanitanya hanya dianggap sebagai teman untuk bergembira. Tidak pernah ada sedikit pun rasa cinta yang terbit daripada perkenalannya dengan teman-teman wanitanya kini setelah dia dipermainkan oleh bekas kekasihnya. Akibat kecewa dengan cinta pertama, dia menghukum semua wanita dengan menganggap bahawa cinta suci seorang wanita tidak pernah wujud.

Lantaran sikap kasanovanya itu membuatkan Kapten Mohamad, ayah kepada Adi Hamidi terpaksa campur tangan dalam hal perkahwinannya. Memandangkan umurnya yang sudah meningkat, Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah.

Demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa telah mengikat Adi Hamidi dan Nur Alia dalam satu ikatan pernikahan tanpa rasa cinta dari kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, Nur Alia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia cuba menjadi seorang isteri yang terbaik kepada Adi Hamidi sekali gus berusaha untuk menghapuskan tanggapan buruk dan melunturkan ego sang suami dengan cinta dan kesetiaan yang ditunjukkannya.

Tanpa disedari, perasaan sayang kepada isterinya semakin hari semakin terserlah. Namun, ada sahaja dugaan yang melanda setiap kali mereka baru sahaja mahu mengecapi rasa bahagia. Ada sahaja pihak yang iri hati dengan kebahagiaan yang baru sahaja mahu menunjukkan sinarnya. Dapatkah mereka mengharungi semua dugaan ini?

No comments:

Post a Comment